Teknologi Baharu: Menuai Padi & Mengumpul Jerami Pada Mesin Jentuai

Publication Date : 20/06/2019


Author(s) :

L., Lee Ban., K., Lee Wei.


Volume/Issue :
Volume 2
,
Issue 1
(06 - 2019)



Abstract :

Jerami yang dibakar selepas aktiviti menuai selama ini amat merugikan, malah mendatangkan permasalahan lain seperti pencemaran alam sekitar. Para petani memilih untuk membakar timbunan jerami yang banyak dan tunggul daripada melakukan aktiviti pereputan. Proses pereputan jerami secara organik memerlukan masa yang agak panjang kerana sisa jerami yang dihasilkan oleh kebanyakan jentuai sedia ada bersaiz panjang dan dalam bentuk longgokkan besar. Proses pengumpulan sisa jerami selama ini dilakukan dengan menggunakan mesin penebas dan mesin baler yang dipasang pada traktor dan dilakukan secara berasingan dan ternyata melibatkan penambahan kos yang terpaksa ditanggung oleh para petani. Melalui pedekatan teknologi baharu pada mesin jentuai ini, sisa tunggul pokok padi menjadi lebih pendek dan akan memudahkan proses pereputan secara organik dilakukan. Sisa jerami dikeluarkan dalam bentuk yang mudah untuk dikumpulkan. Teknologi ini amat membantu banyak pihak terutama kepada para petani, mempunyai kesan ekonomi, dan dapat mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka seraya dapat memelihara alam sekitar iaitu udara daripada tercemar.


No. of Downloads :

2