Sifat fizikal dan mekanikal batang pokok sagu (metroxylon spp.)

Publication Date : 20/06/2019


Author(s) :

W.A. Wan Mohd Fariz, S. Rosnah, H. Azman.


Volume/Issue :
Volume 2
,
Issue 1
(06 - 2019)



Abstract :

Pokok sagu rumbia (metroxylon spp.) mempunyai batang yang tegak, lurus, berkulit keras dan berteras lembut yang terbina daripada serat berorentasi selari dengan arah batang pokok. Kanji yang dihasilkan oleh pokok disimpan di bahagian terasnya sebagai makanan simpanan. Dalam proses- pengekstrakan sagu, teras batang sagu perlu dipecahkan kepada saiz yang lebih halus/kecil melibatkan penggunaan sistem mekanikal yang bergantung kepada sifat fizikal dan mekanikal pokok. Oleh itu, satu kajian ke atas batang pokok sagu dijalankan untuk mengenal pasti sifat fizikal dan mekanikalnya. Tiga sampel bagi setiap empat pokok sagu berukuran 50 cm panjang telah diukur sifat fizikal dari segi diameter (45.41±2.81 cm), ketebalan kulit (1.43±0.19 cm) dan nisbah berat kepada panjang keratan (1.12±0.21 kg/cm). 12 sampel blok teras batang pokok sagu berukuran 4cm x 4cm x 4cm disediakan dan ditentukan kandungan lembapan (MC%). Sampel blok diletak pada kedudukan orentasi serat berselari dengan arah pergerakan jarum penguji (P/5: 5mm Dia Cylinder Stainless Steel) yang dipasang pada Texture Analyzer untuk mengukur daya kerapuhan, dan proses ini diulang dengan kedudukan orentasi serat blok sampel secara berserenjang. Berdasarkan keputusan ujikaji, daya kerapuhan pada arah selari dengan orentari serat (529.15±19.14 N/cm2) lebih tinggi berbanding arah serenjang (317.91±22.08 N/cm2) di mana nilai P<0.05. Ini menunjukkan kehadiran orentasi serat dalam teras mempengaruhi daya kerapuhan.


No. of Downloads :

2