Serai Wangi : Minyak Pati dan Kawalan Kualiti

Publication Date : 20/06/2019


Author(s) :

Mailina J., Nor Azah M.A., Abd. Majid J., Mohd Shafik Yuzman T., Saidatul Husni S., Mohammad Faridz Z.P., Imin K., Sharmizi I., Syazwan A., Hada Masayu I., Mohd. Hafizi R., Menhat A.R..


Volume/Issue :
Volume 2
,
Issue 1
(06 - 2019)



Abstract :

Serai wangi (Citronella) merupakan salah satu tumbuhan herba di Malaysia yang telah digunakan sejak dahulu di dalam perubatan tradisional terutamanya untuk rawatan ibu selepas bersalin. Ia adalah daripada genus Cymbopogon dan famili Gaminae. Terdapat dua spesies serai wangi yang biasa ditanam di kawasan Semenanjung Malaysia iaitu C. nardus (Jenis Sri-Lanka) dan C. winterianus (Jenis Java). Sekali imbas secara fizikal, kedua-dua spesies tumbuhan ini agak sukar dibezakan. Pengecaman daripada ahli botani adalah penting untuk proses autentikasi spesies. Namun begitu, jika ianya telah diproses menjadi minyak pati, kawalan kualiti (analisis kimia dan ciri kimia-fizik) memainkan peranan penting dalam membantu proses autentikasi spesies-spesies ini. Kandungan kimia penting bagi minyak pati daun C. nardus adalah kamfena, limonena, sitronelal, borneol, sitronelol, geraniol dan metil isoeugenol. Manakala, minyak pati daun C. winterianus terdiri daripada limonena, linalol, isopulegol, sitronelal, sitronelol, geraniol, geranial, sitronelil asetat, eugenol, geranil asetat, β-elemena, germakrena D, -kadinena dan elemol.


No. of Downloads :

1