Peranan Pembiakbaka Tumbuhan Dalam Memperkasakan Industri Herba Negara: Pengalaman dan Usaha FRIM

Publication Date : 20/06/2019


Author(s) :

Farah Fazwa, M.A., Mohd Zaki, A., Syafiqah Nabilah, S.B., Norhayati, S..


Volume/Issue :
Volume 2
,
Issue 1
(06 - 2019)



Abstract :

Kertas kerja ini membincangkan mengenai peranan pembiakbaka tumbuhan khususnya untuk tumbuhan herba dalam membantu menghasilkan bahan tanaman berkualiti tinggi dalam menghadapi permintaan bekalan bahan mentah di dalam industri herba negara. Kebanyakan bahan mentah yang diambil adalah dikutip secara liar dari hutan semulajadi dan hanya sedikit yang ditanam secara perladangan. Hal ini jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan berlakunya kepupusan dan hakisan sumber genetik di dalam hutan semulajadi. Oleh itu kajian-kajian dan usaha untuk mengekalkan sumber genetik tumbuhan dan bagi memilih dan mengenalpasti bahan tanaman/varieti yang berkualiti tinggi telah dilakukan oleh kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Beberapa pendekatan seperti pengumpulan baka, penyaringan kandungan kimia/aktiviti biologi, pembiakan, penanaman dan penubuhan sourcebush dan germplasma telah dilakukan bagi memastikan bekalan bahan mentah yang berkualiti dan teruji dapat diperkenalkan kepada industri. Selain daripada itu, kombinasi bidang pembiakbakaan dan bidang kejuruteraan juga perlu diselaraskan agar hasil bahan mentah herba yang dikeluarkan dapat dipertingkatkan.


No. of Downloads :

5