Peranan Jurutera Jabatan Pertanian : Merealisasikan Sumber Rezeki Baru (Durian, Kelapa , Jagung Bijian Dan Napier)

Publication Date : 20/06/2019


Author(s) :

S.S Mohd Yusoff, K. Airul Asmiza, M.A Mohamad Razi, S.Mohd Khairulnizam.


Volume/Issue :
Volume 2
,
Issue 1
(06 - 2019)



Abstract :

Pertanian kini dilihat sebagai suatu bidang yang sangat penting dalam menjamin pembangunan ekonomi negara dan mampu menjana pendapatan serta sumber rezeki kepada para petani dan usahawan pertanian. Dalam memastikan bekalan makanan Negara mencukupi dan kebergantungan terhadap barangan/produk import, peralihan era globalisasi kearah pemodenan sektor pertanian adalah amat perlu melalui penerimaan atau pengaplikasian teknologi serta cetusan-cetusan idea inovasi baru. Hasrat kerajaan untuk merealisasikan “Sumber Rezeki Baru” melalui komoditi durian, kelapa, jagung dan napier memberi satu cabaran kepada jurutera Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab dari segi idea dan sumbangan tenaga serta khidmat sokongan teknikal untuk memastikan kelancaran dan kelestarian pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian . Justeru peranan jurutera pertanian penting dalam memacu kearah pencapaian matlamat Pembangunan Industri Pertanian Negara.


No. of Downloads :

11