Pengujian Traktor Kubota L3800 bertrek sebagai penggerak utama mekanisasi nanas di tanah gambut

Publication Date : 19/06/2019


Author(s) :

A.R Rohazrin, A.S. Adli Fikri.


Volume/Issue :
Volume 2
,
Issue 1
(06 - 2019)



Abstract :

Nanas merupakan salah satu komoditi yang diberi perhatian sebagai sumber penjana ekonomi kepada petani di Malaysia. Nanas banyak ditanam di kawasan tanah gambut dan tanah mineral. Di kawasan tanah gambut, penggunaan mekanisasi adalah terhad kerana keupayaan galasnya rendah. Ini menyebabkan kurangnya mekanisasi ladang diguna pakai di dalam aktiviti pengeluaran nanas di tanah gambut. Kesesuaian penggerak utama atau traktor di tanah gambut dilihat sebagai faktor utama yang membataskan penggunaan mekanisasi. Traktor Kubota L3800 berkuasa 38 kuasa kuda atau 28 kW ,dengan sistem 4 separa rantai diuji sebagai penggerak utama yang berpotensi untuk menjalankan aktiviti ladang pengeluaran nanas di tanah gambut seperti aktiviti penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, penuaian dan pengangkutan. Hasil dari ujian tusukan di ladang nanas bertanah gambut menunjuk keupayaan galas adalah di dalam lingkungan 0.1 ~ 0.2 Mpa, yang diketegori sebagai tanah bermasalah untuk mekanisasi. Keupayaan galas yang tertinggi didapati pada kedalaman 10 cm pertama. Secara teori, tekanan sentuh permukaan trek bagi traktor L3800 pada berat tanpa beban ialah 0.01 Mpa. Ketergelinciran pergerakan traktor adalah di antara 4.2 hingga 8.8%. Pemadatan tanah didapati berlaku sehingga kedalaman 15 cm pertama dari permukaan. Kelegaan traktor 55 cm adalah kurang mencukupi untuk kerja di dalam ladang. Kajian menunjukan mekanikasi pengeluaran nanas di tanah gambut adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan penggunaan traktor bertrek dan peralatan yang kecil serta ringan.


No. of Downloads :

0