Pendidikan STEM@STREAM di dalam bidang Perladangan dan Agroteknologi

Publication Date : 13/06/2019


Author(s) :

Muhammad Hudzari, H. R.*, Mohammad Mu’az, H., Samihah, M., Zareen, Z., Muhammad Nuruddin, M. N..


Volume/Issue :
Volume 2
,
Issue 1
(06 - 2019)



Abstract :

Dalam apa bidang sekalipun manusia menceburi didalam kehidupannya, syarat tersebut sebagaimana termaktub di dalam Al-Quran pada surah At-Tin , pastinya manuysia akan beroleh kejayaan di dunia mahupun ukhrawi. Justeru di dalam bidang pertanian malahan bagi manusia pertama yang telah diciptakanNYA, Adam Alaihissalam dikatakan telah dibekalkan dengan kemahiran didalam bidang pertanian bagi meneruskan survivalnya di alam yang fana ini sejurus diturunkan dari syurga. Malahan bercucuk tanam pastinya beroleh hasilnya di dunia mahupun pahala di akhirat sebagaimana mafhum sabdaan Nabi Muhammad S.A.W. Sehubungan itu kertas kerja ini membentangkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam menerangkan kepentingan bidang pertanian terutamanya di dalam industri perladangan serta penggunaan teknologi bagi menarik minat serta meningkatkan pemahaman para pelajar terhadap kemahiran didalam modul program STEM (Science, Technology, Engineering , Mathematic) dan STREAM (Science, Technology, Reading, Engineering, Arts, Mathematic). Beberapa jenis modul STEM telah di kongsikan dan dibentangkan kepada para pelajar dari beberapa sekolah menengah kebangsaan di negeri Selangor. Modul ini merupakan sebahagian modul-modul STEM yang dijalani oleh rakan STEM@UiTM untuk sekolah-sekolah pilihan oleh Jabatan Pendidkan Negeri Selangor (JPS). Ianya ini telah dikategorikan di dalam bidang Sains dan terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu tiga jenis modul bagi dijalani aktivitinya bersama para pelajar menerusi kakitangan dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM, manakala satu jenis modul lagi, boleh dijalani oleh rakan staf UiTM walaupun dari Fakulti yang berlainan. Melalui kaedahkaedah yang diterapkan di dalam modul-modul ini, pastinya InshaAllah dapat menarik minat serta menjelaskan kepada para pelajar akan kepentingan pendidikan dan pertanian untuk di ceburi yang ianya menjadi bahan asas untuk kehidupan disamping membentuk dorongan jiwa bagi memperoleh keredhaan Ilahi.


No. of Downloads :

1