Mesin Merumpai Satu Baris Antara Batas Bagi Penanaman Nanas

Publication Date : 19/06/2019


Author(s) :

Mohamad Fakhrul Z.O., Hartinee A., Mohamed Fauzi M.I, Mohd Khusairy K..


Volume/Issue :
Volume 2
,
Issue 1
(06 - 2019)



Abstract :

Masalah rumpai bagi tanaman nanas adalah sangat ketara terutamanya bagi jenis tanah mineral. Kebiasaannya rumpai menjadi masalah besar pada peringkat enam bulan awal pertumbuhan pokok dan mampu menjejaskan hasil pengeluaran nanas. Bagi mengawal masalah ini, terdapat beberapa kaedah boleh diaplikasikan antaranya adalah kawalan mekanikal atau mesin seperti yang kajian ini lakukan. Walau bagaimanapun, mesin itu perlu memenuhi kriteria utama iaitu jarak antara batas bagi kegunaan merumpai antara batas iaitu 90cm. Manakala, mekanisma yang digunakan untuk adalah jenis membajak. Oleh itu, terdapat dua jenis mesin telah dikenalpasti dan diubahsuai bagi kegunaan dalam kajian ini. Kajian ini telah dijalankan di plot nanas MARDI Sintok, Kedah dalam dua keadaan iaitu pada permukaan tanah rata dan bercerun. Data kekuatan tegasan tanah diambil sebelum dan selepas ujian dilakukan pada permukaan dan kedalaman 15cm daripada permukaan tanah. Selain itu, jarak dan masa yang digunakan direkodkan. Keputusan kajian menunjukkan keupayaan kerja bagi mesin merumpai traktor mini dan traktor dua roda masing-masing bagi tanah rata adalah 0.12 hektar perjam dan 0.115 hektar perjam. Manakala bagi tanah bercerun adalah 0.099 hektar perjam dan 0.077 hektar perjam masing-masing bagi jenis traktor mini dan traktor dua roda. Selain itu, hasil bajakkan menunjukkan kedua-dua mesin mampu untuk memotong permukaan tanah dan memusnahkan rumpai. Kajian menunjukkan bahawa mesin merumpai taktor mini lebih baik berbanding traktor dua roda dari segi keupayaan kerja dan keselesaan operator untuk menjalankan kerja merumpai di ladang.


No. of Downloads :

1