Kajian Kesan Pengawetan dan Tanpa Pengawetan Keatas Penyimpanan Persekitaran Pengudaraan Biasa Terhadap Kualiti Tekstur Ubi Keledek Unggu Varieti K6

Publication Date : 20/06/2019


Author(s) :

Ishak, H, Noor Ismawaty, N, Zaulia,O, Nur Syafini, G, Nurul Afza, A. K.


Volume/Issue :
Volume 2
,
Issue 1
(06 - 2019)



Abstract :

Pegawetan merupakan satu proses penting dalam rantaian pengendalian lepas-tuai ubi keledek. Dalam proses pengawetan, ubi keledek akan di simpan selama 3 atau 4 hari bergantung kepada variety di bilik pengawetan dimana parameter suhu dan kelempan udara persekitaran dikawal. Melalui proses pengawetan, luka-luka kecil semasa penuaian dan pengendalian di peringkat ladang akan dirawat bagi mengelak kerosakkan yang lebih parah seperti pereputan pada sruktur isi akibat pembiakkan mikro organism. Objektif kajian ini ialah untuk menilai kualiti tekstur ubi keledek unggu variety K6 selepas pengawetan dan tanpa pengawetan keatas peyimpanan persekitaran pengudaraan biasa. Eksperiment telah dilaksanakan di Ibu Pejabat MARDI, Serdang. Ubi keledek unggu varieti K6 yang telah matang (selepas 16 minggu penanaman) di tuai dan dibawa dari Stesen MARDI Bachok, Kelantan. Sampel-sampel ubi keledek dengan masing-masing berat dalam julat 1 kilogram dibahagi ke dua iaitu rawatan pengawetan dan tanpa rawatan pengawetan (kawalan). Parameter suhu dan kelembapan bandingan bilik pengawetan ditetapkan masing-masing pada 27oC 1oC dan 85%RH  5%. Tempoh masa rawatan pengawetan adalah 1,2 dan 3 hari yang dikira bermula hari ia dimasukkan ke dalam bilik pengawetan. Masa untuk penyimpanan persekitaran biasa, bagi sampel-sampel yang diawet dan tanpa diawet adalah 0,5,10 dan 15 hari yang dikira bermula hari disimpan. Tiga sampel bagi setiap ujian dikeluarkan dan satu ubi keledek akan diambil dari setiap sampel. Bacaan purata tekture yang diukur dari tiga lokasi diambil dan direkodkan serta dianalisis menggunakan perisian statistik. Keputusan menunjukkan bahawa rawatan pengawetan mainkan peranan dalam meningkatkan nilai tektur keledek unggu. Daripada plot kesan utama (main effect plot) menunjukkan bacaan tekstur lebih tinggi iaitu sekitar 21N selepas 3 hari pengawetan.


No. of Downloads :

2