Aktiviti Pemindahan Teknologi Melalui Testbed Teknologi MARDI

Publication Date : 17/06/2019


Author(s) :

Badaruzzaman, M. N..


Volume/Issue :
Volume 2
,
Issue 1
(06 - 2019)



Abstract :

Kajian ini adalah mengenai aktiviti-aktiviti pemindahan teknologi MARDI di testbed teknologi MARDI bagi tahun 2017 dan 2018. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti projek pembangunan RMKe 11, pembangunan usahawan tekno moden yang kompetitif di pasaran domestik dan global di bawah sub projek B. Antara aktiviti pemindahan teknologi yang dikendalikan di testbed teknologi MARDI adalah latihan sangkut, perantis, demonstrasi/lawatan dan kursus. Pada tahun 2017, seramai 1352 peserta telah mendapat manafaat dari aktiviti pemindahan teknologi di testbed teknologi MARDI. Daripada jumlah ini, 575 peserta mengikuti latihan sangkut, 451 mengikuti demonstrasi/lawatan, 242 mengikuti kursus dan dan 84 peserta mengikuti program perantis. Manakala pada tahun 2018 seramai 1,403 peserta mendapat latihan pemindahan teknologi di testbed teknologi MARDI di seluruh negara. Pada tahun 2018 seramai 478 peserta mengikuti latihan sangkut, 646 mengikuti demonstrasi/lawatan, 244 mengikuti kursus dan 35 peserta mengikuti program perantis.


No. of Downloads :

0