Transformasi Mekanisasi dan Automasi Pertanian dalam Industri Padi di Kawasan Muda

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

M.D. Mohd Fadzil, S. Ahmad Sukri, M.P. Mohammad Ashraf.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Industri padi sentiasa penting kepada Malaysia kerana beras adalah makanan ruji negara ini dan secara langsung berkait dengan jaminan bekalan makanan. Kawasan Muda, yang menyumbang hampir 34% daripada pengeluaran padi negara, adalah jelapang padi utama negara dan terletak di bawah bidang kuasa agensi kerajaan persekutuan, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Sebagai sebuah agensi yang progresif dan mendokong pemodenan bidang pertanian, MADA sentiasa terlibat dalam kajian-kajian melibatkan institusi berkaitan dan pihak universiti, terutamanya dalam bidang mekanisasi dan automasi. MADA juga sentiasa membuka pintunya untuk pihak swasta mencuba inovasi dan produk baru mereka di Kawasan Muda secara holistik bagi melihat keberkesanan dari segi fungsi dan operasi, serta kemapanan dari segi ekonomi. Pada masa yang sama, masalah-masalah sedia ada dikaji dan jalan penyelesaian kreatif diperkenalkan. Penubuhan cawangan Center of Excellence M&E di Bahagian Mekanikal dan Elektrikal adalah titik transisi ke arah penglibatan MADA yang lebih fokus dan berkesan dan bidang kajian, inovasi dan pengembangan teknologi baru dalam mekanisasi dan automasi industri padi negara.


No. of Downloads :

2