Tinjauan dan Aplikasi Dron dalam Pertanian

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

N.C.Y. Norasma, M. A. Fadzilah, S.S.A. Gani, M. S. Suhaizi, M.R. Ismail.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Pertanian yang mampan memainkan peranan utama untuk mengekalkan pengeluaran makanan dan mengekalkan alam sekitar dari bahan kimia yang berlebihan dengan penggunaan teknologi untuk pengurusan yang baik. Program Transformasi Ekonomi (ETP) memberi penekanan kepada penggunaan teknologi untuk meningkatkan pengeluaran tanaman secara optimum. Aplikasi dron dalam tanaman semakin meningkat di seluruh dunia. Objektif kertas kerja ini adalah untuk memperkenalkan aplikasi dan operasi yang boleh dilaksanakan untuk aktiviti pertanian menggunakan dron. Kelebihan penggunaan dron dalam pertanian meningkatkan keberkesanan masa untuk menghabiskan operasi, keberkesanan ladang, mengurangkan pergantungan ke atas tenaga kerja dan mendapatkan liputan imej yang berkualiti tinggi dan kos efektif. Dron telah direka untuk terbang pada ketinggian rendah, dan mudah dikendalikan untuk kawasan yang dikehendaki. Kertas kerja ini akan memberi pendedahan aplikasi dron dalam pertanian dan dapat memberi panduan kepada orang awam untuk menggunakan dron pada masa hadapan.


No. of Downloads :

2