TEKNOLOGI PENUAIAN SAWIT – STATUS KINI DAN CABARAN MASA HADAPAN

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

A. Mohd Rizal, J. Abdul Razak Jelani, A. Mohd Ikmal Hafizi, S. Abd Rahim.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Sawit adalah salah satu komiditi utama Malaysia yang menyumbang kepada pendapatan negara kira-kira RM66 bilion setahun. Dengan keluasan penanaman sawit negara yang telah menjangkau kepada 5.7 juta hektar, negara kini menghadapi cabaran utama iaitu pergantungan kepada tenaga buruh asing bagi menjalankan aktiviti perladangan terutamanya operasi penuaian. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) giat membangunkan pelbagai teknologi penuaian dan salah satu teknologi yang telah mendapat sambutan baik adalah teknologi pemotong sawit bermotor (CANTAS). Pengalaman di beberapa ladang mendapati CANTAS berupaya meningkatkan produktiviti penuaian dua kali ganda dan mengurangkan keperluan pekerja sebanyak 30 - 40% berbanding kaedah manual. CANTAS telah melalui evolusi sejak ia diperkenalkan pada tahun 2007. CANTAS generasi baru (CANTAS Evo) yang diperkenalkan pada tahun 2014, adalah vesri terkini dengan beberapa penambahbaikan dari segi ketahanan, lebih ringan dan rendah getaran. Ujian ladang jangka masa panjang yang dijalankan di Ladang Kuala Muda menunjukkan produktiviti Cantas Evo adalah lebih tinggi berbanding Cantas versi lama dengan pengurangan kos pembaikan sebanyak 80% (dari RM5.00/tan ke RM1.00/tan BTS). Teknologi CANTAS seterusnya telah berkembang maju dengan terhasilnya teknologi Cantas berkuasa elektrik (Cantas Elektra) pada tahun 2017 di mana usaha ini selari dengan halatuju negara yang menekankan penggunaan teknologi hijau. Kertaskerja ini akan membincangkan mengenai status pembangunan dan adaptasi teknologi penuaian di samping halatuju negara bagi mendepani cabaran yang akan datang melalui inisiatif Tranformasi Nasional 50 (TN50).


No. of Downloads :

0