Potensi Sisa Ubi Kayu (Manihot Utilissima, Pohl) Sebagai Sumber Makanan Ayam

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

I. Sarah, S. Rosnah, M. Mohd Noriznan, M.N. Mohd Zuhair, A.G. Siti Salwa.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Ubi kayu mengandungi tenaga dan serat yang tinggi tetapi rendah kandungan protein. Daun ubi kayu pula mengandungi protein, karotena dan mineral yang tinggi tetapi rendah tenaga. Kulit ubi kayu mengandungi serat kasar dan tenaga serta protein yang lebih rendah berbanding ubi kayu namun mempunyai kandungan asid hidrosianik (HCN) yang tinggi. Kandungan protein dalam kulit ubi kayu boleh ditingkatkan apabila difermentasi menggunakan yis (Saccharomyces cerevisiae). Batang ubi kayu dilaporkan mempunyai kandungan lemak 5.35% dan rendah HCN. Semasa operasi ladang dan kilang, bahan buangan daripada operasi ini terdiri daripada kulit, daun, batang, dan ubi kayu yang tidak diperlukan atau rosak. Namun begitu, bahan buangan ini boleh diubahsuai menjadi bahan makanan ternakan khususnya makanan ayam tetapi kandungan HCN di dalamnya mengehadkan penggunaanya. Oleh itu, kaedah pemprosesan seperti memotong, menyagat, rendaman, pengeringan solar, rawatan haba dan fermentasi dilakukan untuk mengurangkan ketoksikan HCN kepada aras yang selamat sebagai makanan ayam. Kesimpulannya, pemprosesan ubi kayu dan sisanya dapat mengurangkan aras HCN dan meningkatkan potensinya sebagai makanan ayam.


No. of Downloads :

0