Penyelenggaraan Pencegahan melalui Pemasangan Sistem Auto-Greasing Berpusat Pada Jentuai Padi Milik Lembaga Pertubuhan Peladang, Malaysia

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

B. Ahmad Puzi, M.B. Mohammad Faizzuddin.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Kertas kerja ini membincangkan dan mengenalpasti masalah serta kos penyelenggaraan dan pembaikan jentera-jentera milik Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) khususnya mesin jentuai dan traktor. Kos penyelenggaraan jentera-jentera di dapati meningkat akibat kerosakan yang disebabkan oleh kurangnya kesedaran terhadap amalan langkah-langkah pencegahan awal. Kos penyelenggaraan lebih ketara bagi jentera yang berusia melebihi 5 tahun. LPP dan Pertubuhan Peladang (PP) telah melakukan inisiatif dan memperkenalkan kaedah penyelenggaraan pencegahan melalui pemasangan sistem Auto- Greasing berpusat pada jentuai padi. Bagi mencapai objektif berkenaan, satu analisis terperinci dilakukan terhadap data operasi jentera, iaitu perbandingan antara kos penyelenggaraan dan pendapatan mengikut usia jentera. Hasilan daripada analisis tersebut digunakan sebagai asas kepada pengiraan bebanan kos penyelenggaraan keseluruhan yang berlaku di PPN(Jentera). Dalam ujian Fasa 1, pihak LPP telah memasang sistem Auto-Greasing berpusat ini pada 16 buah jentuai padi model Dashmesh M7000 yang mempunyai lebih 60 greasing point. Dapatan kajian menunjukan penggunaan sistem Auto-Greasing berpusat mampu mengakses setiap greasing point yang terdapat pada jentuai, yang mana sebelum ini amat sukar diakses secara manual oleh mekanik. Kesimpulannya, sistem Auto-Greasing berpusat ini memberi banyak manfaat melalui penjimatan masa, tenaga dan kos serta mampu meningkatkan kecekapan sistem penyelenggaraan.


No. of Downloads :

1