Penyediaan Tanah Sawah Melalui Kaedah Penentuan Indeks Keserataan

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

Z.O. Mohamad Fakhrul, S. Eddy Herman, M.I Mohamed Fauzi, M.G. Mohd Shahril Shah.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Penyediaan tanah merupakan antara komponen terpenting dalam aktiviti pertanian. Ketidakserataan tanah boleh menjadi punca kepada beberapa masalah lain dan seterusnya menyumbang kepada kekurangan hasil dan pendapatan. Indeks keserataan (Levelling Index, LI) merupakan faktor berubah-ubah bagi menentukan kualiti dan ketepatan keserataan tanah. Selain itu, peta keserataan tanah dapat dibangunkan bagi mengenalpasti lokasi dan status tanah yang tinggi, rata dan rendah. Seterusnya aktiviti kerja potong-timbus tanah di lapangan dapat dilakukan bagi membaiki dan meningkatkan indeks keserataan tanah. Kajian yang dilakukan ini adalah bagi memperolehi peratus indeks keserataan dan membangunkan peta keserataan tanah dengan menggunakan alat pengarasan laser di Kg. Stumbin, Batang Lupar, Sarawak. Keputusan kajian menunjukkan peratusan indeks keserataan tanah awal adalah 39.5% daripada 686 jumlah titik sampel yang diambil bagi mewakili keseluruhan kawasan kajian yang berkeluasan 4.22 hektar. Peratusan indeks keserataan ini dapat dipertingkatkan dengan kaedah kerja potong dan timbus atau memecah kecilkan plot-plot kawasan kajian.


No. of Downloads :

0