PENUAIAN SAWIT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI LASER – BOLEHKAH IA MENJADI SATU REALITI?

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

A. Mohd Ikmal Hafiz, M. Mohd Adzir, J. Abdul Razak, S. Abd Rahim.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Pelbagai usaha untuk meningkatkan produktiviti pekerja dengan menggunakan pelbagai teknologi mekanisasi giat dilaksanakan di mana ada yang telah berjaya di komersialkan. Teknologi laser adalah satu pendekatan baru yang sedang dikaji oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk di gunakan sebagai alat penuaian sawit. Teknologi laser telah digunakan secara meluas dalam sektor pembuatan dengan menggunakan CO2 (Karbon Dioksida) laser. Kajian yang dijalankan oleh beberapa penyelidik mendapati teknologi laser boleh juga digunakan dalam pemotongan bahan pertanian. MPOB dan UPM kini dalam usaha menggunakan fibre-pulsed laser berdasarkan kecekapannya yang tinggi, saiz yang kecil, dan lencongan cahaya yang rendah. Ia juga dapat beroperasi dalam rejim nadi, dengan keupayaan untuk menghasilkan denyutan dengan tenaga tinggi. Kertas kerja ini akan membincangkan potensi penggunaan teknologi laser dalam operasi penuaian sawit dan juga status kajian yang sedang dijalankan oleh MPOB dan UPM. Kajian awal mendapati teknologi laser ini mampu memotong pelepah sawit dengan baik dan kajian lanjut perlu dijalankan secara lebih terperinci.


No. of Downloads :

0