Penilaian Prestasi Ladang Untuk Mesin Penabur Kapur Jenis Jatuhan

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

M. Mohd Fazly, A.R. Rohazrin, A.S. Adli Fikri, C.S. Chan, K. Mohd Khusairy.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Artikel ini menerangkan rekabentuk, kalibrasi mesin dan traktor, prestasi pengujian ladang, kos memiliki dan menggunakan serta prospek mesin penabur kapur jenis jatuhan. Alat pengapuran ini adalah penting untuk meneutralkan tanah yang berasid atau tanah masam akibat terendam dengan air. Penilaian prestasi ladang mesin telah dijalankan di MARDI Serdang. Implemen dilengkapi dengan sistem pengacau untuk memastikan kapur sentiasa keluar dan untuk mengawal kelajuan penaburan pada kadar yang dikehendaki dari segi jumlah kg/m bagi setiap baris. Sistem sekatan keluaran kapur disertakan untuk memberi kemudahan kepada pemandu traktor menghentikan keluaran kapur semasa membuat pusingan atau berpindah kawasan. Keluasan tapak plot penyelidikan ialah 0.8 ha dimana 100 m panjang dan 80 m lebar. Kapasiti ladang dalam julat 1.08 ha/h hingga 1.35 ha/h diperolehi dengan kecekapan ladang 67.7%. Kadar taburan kapur yang diperolehi semasa ujian fungsi berada dalam julat 0.9 hingga 1.1 kg/m. Hampir semua keperluan reka bentuk yang ditetapkan untuk pelaksanaan implemen telah dipenuhi.


No. of Downloads :

0