Penilaian Operasi Menuai Ubi Keledek Secara Mekanisasi di Tanah BRIS

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

A. Anuar, H. Md. Akhir, H.L. Hong, A. Abd. Ghani.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Mekanisasi pertanian merupakan salah satu kaedah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di dalam sektor pertanian. Adaptasi daripada sistem mekanisasi akan dapat mengurangkan beban kerja yang perlu dilakukan oleh para pengusaha dan sekaligus dapat menggalakkan pengusaha untuk meluaskan lagi saiz penanaman. Di MARDI Bachok, pakej mekanisasi bagi pengeluaran ubi keledek adalah hampir lengkap yang mana merangkumi operasi di peringkat penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman dan penuaian. Pakej mekanisasi ini amat diperlukan terutamanya di dalam operasi penuaian kerana tempoh penuaian adalah sangat kritikal dan perlu dilakukan di dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan hasil ubi keledek daripada diserang oleh perosak yang akan menyebabkan kerugian kepada pengusaha. Di dalam kajian ini, pengujian jentera penuai telah dilakukan untuk menilai kecekapan mesin penuai yang telah dibangunkan oleh pihak MARDI bagi mengetahui peratus kerosakan hasil ubi akibat faktor mekanikal dan juga kehilangan lepas tuai semasa operasi penuaian. Penilaian mesin penuai ini telah dilakukan pada dua kaedah penanaman iaitu penanaman sebaris dan penanaman dua baris. Melalui penilaian yang telah dilakukan, peratus kerosakan ubi keledek adalah 4.58% bagi penanaman sebaris dan 3.87% bagi penanaman dua baris. Manakala, peratus kehilangan adalah masing-masing sebanyak 1.36% dan 3.6%. Daripada kedua-dua jumlah kehilangan tersebut, 66% daripadanya terdiri daripada ubi keledek yang tidak boleh dijual (unmarketable) kerana saiznya yang terlalu kecil dan tidak memenuhi piawaian untuk dipasarkan.


No. of Downloads :

3