Penilaian Mekanisasi Penanaman Jagung Secara Selingan di Kawasan Kelapa Sawit Muda RISDA Palong

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

W.A. Wan Mohd Aznan, A. Anuar, M. Mohd Fazly, N. Mohd Nadzim, M.S. Nor Hazlina.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Penanaman jagung secara selingan di kawasan kelapa sawit muda dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah. Selain itu, ia juga dapat memberi pendapatan sampingan kepada para peneroka atau pengusaha sebelum hasil kelapa sawit diperolehi dan meningkatkan pengeluaran jagung dalam negara. Dalam kajian ini, pakej mekanisasi penanaman telah diuji bagi menilai prestasi untuk setiap operasi yang terlibat seperti bajak piring, bajak putar dan operasi menanam menggunakan penanam biji benih pneumatik Gaspardo 6-baris. Hasil penilaian pakej mekanisasi penanaman menunjukkan nilai kapasiti ladang berkesan dan kecekapan ladang bagi aktiviti bajak piring, bajak putar dan menanam masing-masing adalah 0.17 ha/h, 0.16 ha/h, 0.63 ha/h dan 83.7 %, 87.5 %, 73.3 %. Hasil penilaian ini menunjukkan kaedah penanaman jagung 6- baris secara mekanisasi di kawasan kelapa sawit muda berpotensi untuk dilaksanakan pada skala yang besar dengan mengambil kira faktor rekabentuk ladang dan keadaan plot.


No. of Downloads :

0