Penilaian Kategori Geologi Untuk Potensi Akuifer Air Bawah Tanah Yang Tinggi Dengan Menggunakan Teknik Geofisik Bersepadu

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

N. F. Yusof, M. A. Mohamed Zawawi, H. Juahir, N. Z. Karim.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Kaedah keberintangan elektrik hanya dapat mengenalpasti rintangan bawah permukaan tanah khususnya struktur bawah permukaan, tetapi bukan zon potensi air bawah tanah. Pembentukan hidrogeologi yang berbeza mempunyai potensi hasil air bawah tanah yang berbeza. Satu kajian mengenai geo-elektrik 2D telah dijalankan di Taiping, Perak, Serdang dan Jenderam Hilir, Selangor mengunakan kaedah keberintangan elektrik dan polarisasi terinduksi dengan menggunakan konfigurasi Wenner-Schlumberger. Imej-foto profil 2D telah dihasilkan melalui kaedah penyongsangan yang disediakan secara terperinci untuk kedua-dua struktur geologi lateral dan vertikal. Kaedah Analisis Cluster iaitu Hierarchical Agglomerative Clustering telah digunakan untuk membezakan pelbagai jenis sifat tanah dan batuan. Melalui analisis statistik ini, sifat aluvium dapat diklasifikasikan kepada tanah liat, lumpur, pasir halus dan sederhana, pasir kasar, pasir dan kerikil, dan kerikil. Manakala, ciri-ciri batu pula dapat dibezakan berdasarkan pada tahap terluluhawa batuan. Kaedah polarisasi terinduksi pula dapat mengesan kedudukan air tawar bawah tanah.


No. of Downloads :

0