Pengurusan Kehilangan Lepas Tuai Padi Menjamin Kelestarian Keselamatan Makanan Malaysia

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

H. Azman, A. Mohd Taufik, S. Asnawi, S. Yahya, S. Wahid, H. Hanisa, H. Rosnani.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Kehilangan lepas tuai (KLT) padi ditakrifkan sebagai padi yang tumpah semasa operasi penuaian dan pengangkutan serta penyusutan kualiti semasa pengeringan, pengilangan dan penyimpanan. Perkara ini disebabkan oleh kecuaian operator, ketidakcekapan jentera dan kaedah penyimpanan yang kurang sesuai. Hasil kajian yang telah dijalankan di beberapa kawasan jelapang padi negara, MARDI telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (Standard Operation Procedure - SOP) bagi tujuan pengurangan KLT padi. Pengurangan KLT padi adalah sangat penting bagi meningkatkan tahap sara diri (Self Sufficiency Level - SSL) padi Malaysia iaitu daripada SSL masa kini 71.5% kepada nilai sasaran sebanyak 90%. Dapatan kajian serta aplikasi SOP telah menunjukkan tanda-tanda positif kearah peningkatan bekalan padi dan beras negara serta mampu menjamin keselamatan bekalan makanan di Malaysia. Peratus KLT padi di sepanjang rantaian nilai telah dapat dikurangkan daripada 28.5% (1985) kepada 9.97 (2015) dan 7.89% (2016).


No. of Downloads :

3