Penggunaan Aplikasi Pemodelan Air Bawah Tanah; Visual MODFLOW dalam Menghasilkan Model Hidrologi Lembangan Selangor

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

N.H. Hassan, M.A. Zawawi.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Malaysia kini dalam dilema kerana permintaan sumber air permukaan semakin meningkat terutama dalam industri pertanian. Pengeksploitasian sumber air permukaan bagi tujuan pertanian diperlukan dalam skala yang besar kerana sifat kebergantungan tanaman pada sumber air. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mencari sumber air alternatif bagi menjamin keterusan sumber bekalan. Air bawah tanah di Malaysia tidak begitu meluas penggunaannya. Kekangan berbentuk kurangnya penyelidikan dan kepakaran menjadikan informasi mengenai akuifer bawah tanah adalah minimal. Oleh itu, dengan maklumat data yang terhad, kajian ini memfokuskan penggunaan aplikasi pemodelan air bawah tanah; Visual MODFLOW dalam menghasilkan model hidrologi di kawasan Lembangan Selangor. Kajian awal pada keseluruhan struktur geologi kawasan kajian menunjukkan sebanyak enam lapisan tanah/batuan telah ditemui. Lapisan-lapisan tersebut adalah hasil akhir interpolasi dari aplikasi Visual MODFLOW bagi menggambarkan struktur bawah permukaan kawasan kajian. Bagi menghasilkan model hidrologi Lembangan Selangor, beberapa maklumat data telah digunakan, antaranya; data hidrologi, data hidronamik, data topografi dan syarat sempadan yang diperlukan.


No. of Downloads :

0