Pemprosesan Rebung dan Potensi sebagai Produk Eksport

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

A.N. Siti Noridayu, M.H. Sharipah, H. Ishak.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Rebung adalah makanan tradisional yang menjadi pilihan di negeri Perlis ketika majlis keramaian. Bagaimanapun, pada masa kini rebung madu lebih mudah diperoleh kerana boleh ditanam di kawasan tanah bukit. Penanaman rebung madu tidak merugikan pengusaha kerana rebung boleh diawet melalui proses pemasinan, pendinginan dan pendidihan. Malahan, rebung dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang melebihi tempoh enam bulan jika diawet secara pemasinan dan proses pendinginan yang betul. Selain itu, rebung madu berpupaya menjadi produk makanan halal melalui pembuatan “Acar Rebung” yang popular di negeri Perlis. Malahan produk “Acar Rebung” mempunyai ketahanan yang sama dengan rebung masin dan rebung yang didinginkan. Kajian yang dijalankan ini membincangkan sejauh mana teknik pengawetan rebung tanpa bahan kimia dapat bertahan dalam tempoh yang panjang. Malahan kajian ini bertujuan mencadangkan produk makanan yang berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat global. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu petani kecil untuk memasarkan produk rebung secara komersial.


No. of Downloads :

0