Pemprosesan Madu Kelulut Secara Sistematik Menurut Piawaian Malaysia

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

M.A. Amir Syariffuddeen, H. Azman, S. Yahya, Z.A. Mohd Zaimi, M.A.T Mohd Hafiz, M.S. Azmerredzuan, A. Shafie, J. Muhammad Aliq.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Penternakan kelulut dan pengeluaran madu kelulut telah mencipta satu fenomena di Malaysia pada masa kini. Madu kelulut mengandungi bahan aktif, enzim dan khasiat yang pelbagai dan telah dikategorikan sebagai “superfood”. Ia mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi dan perlu kepada pemprosesan yang sistematik untuk mengekalkan khasiat dan jangka hayatnya. Penubuhan makmal pemprosesan madu kelulut secara sistematik di Stesen MARDI Kemaman, Terengganu telah membantu para pengusaha kelulut untuk memproses madu kelulut mengikut prosedur operasi standard dan kawalan kualiti bagi penghasilan madu kelulut bermutu tinggi. Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi proses pengeringan madu segar selepas dituai, kaedah persampelan, ujian ke atas madu kelulut, pembungkusan dan seterusnya melabel produk. Ini ialah untuk menjamin kualiti madu kelulut menepati piawaian yang telah ditetapkan dan mampu menjana pendapatan yang tinggi kepada pengusaha.


No. of Downloads :

0