Pembangunan Alat Pemerah Mini Susu Kambing

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

H. Rosnani, A. Aspalila, A. Noriah.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Pemerah Susu Kambing Mini dibentuk bagi memerah susu kambing dengan cara yang lebih mudah dan menjimatkan. Pemerahan susu kambing secara manual amat memenatkan dan memakan masa manakala alat perahan yang telah berada di pasaran menggunakan kuasa elektrik dengan kos yang tinggi serta bersaiz besar mendorong kepada inovasi ini. Alat pemerah ini direkabentuk dengan saiz yang kecil, mudah alih serta tidak memerlukan kuasa elektrik. Sistem ini terdiri daripada sistem motor vakum yang disambung dengan bateri GP 12 V yang boleh caj semula sebagai punca kuasa serta hos yang bertindak sebagai sistem penghantaran. Motor vakum akan bertindak menyedut susu dari punting susu kambing apabila suis dihidupkan dan susu akan masuk ke dalam bekas tadahan. Sampel kajian telah dilakukan ke atas 6 kambing tenusu baka sanen di sebuah ladang. Berdasarkan kepada hasil penemuan, perbandingan purata dibuat untuk masa pemerahan, kuantiti perahan dan keupayaan bateri iaitu purata masa perahan manual ialah 6 min berbanding 2.24 min menggunakan alat bagi setiap kuantiti 1 liter dan bateri masih boleh beroperasi dengan baik walaupun tidak dicas semula. Walaubagaimanapun alat ini perlu ditambahbaik bagi memenuhi dari aspek penyedutan dan pembersihan.


No. of Downloads :

0