Nutrisi Kulit Limau Bali (Citrus grandis (L.) Osbeck)

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

A.R. Nur Farhana, S. Rosnah, I. Amin, A.K.S. Nor Nadiah, V. Jaturapatr.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Tahun 2014, penanaman Limau Bali berkeluasan 1,009 hektar dan mengeluarkan hasil 11,830.6 tan metrik. Kebiasaannya, Limau Bali dimakan segar atau diproses menjadi jus, dan kulitnya dibuang. Namun demikian, 50% berat buah Limau Bali adalah terdiri daripada kulit dan hasil sisa pulpa. 1,956 tan metrik sisa Limau Bali yang dibuang tanpa mengambil kira khasiatnya. Bagi mengelakkan kulit Limau Bali yang segar daripada cepat rosak, proses pengeringan sejuk beku dilakukan ke atas kulit Limau Bali selama 96 jam menggunakan pengering sejuk beku. Bahagian kulit Limau Bali yang terlibat dalam kajian ini ialah flavedo, albedo lamella dan sisa pulpa. Analisis proksimat menunjukkan flavedo mengandungi komposisi nutrisi yang ketara (p <0.05) dengan kandungan air sebanyak 9.33%, 16.78% serat, 7.63% protein, 5.92% abu dan 1.63% minyak. Kesimpulannya, sisa flavedo dan sisa pulpa mempunyai nilai nutrisi yang lebih tinggi daripada albedo dan lamella dari segi kandungan abu, protein, minyak dan serat yang boleh diaplikasikan ramuan makanan.


No. of Downloads :

0