Mesin “Krisphy Chips”

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

S. Rosnah, I. Aishah, Z.A. Farahana Nabilah.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Pisang merupakan makanan ruji bagi masyarakat Asia dan dikebanyakkan negara didunia. Di Malaysia, pisang mempunyai kawasan pengeluaran kedua terbesar selepas durian pada 2016 dipetik dari statistik Jabatan Pertanian Malaysia. Terdapat banyak produk berasaskan pisang seperti tepung, aiskrim, pisang goreng, produk penjagaan kulit dan kerepek adalah yang popular. Mesin “Krisphy Chips” merupakan sebuah mesin semi-automatik direkacipta untuk menghiris pisang menjadi kepingan nipis (1.0 - 1.1mm) sama ada bentuk bulat atau bujur bagi membuat kerepek. Ia sesuai untuk pelbagai jenis pisang, keledek, ubi kayu dan lobak. Mesin “Krisphy Chips” terdiri dari corong memasukkan pisang, pisau pemotong yang berputar dengan kelajuan boleh laras sehingga 1700rpm dan disertakan dengan periuk menggoreng. Kapasiti mesin adalah 30kg/jam. Kelebihan mesin “Krisphy Chips” adalah mempunyai dua pilihan bentuk potongan iaitu bulat atau bujur; mudah dibersihkan, mudah dikendalikan dan diselenggarakan, jimat masa dan tenaga; dan mudahalih mengikut kesesuai pengguna.


No. of Downloads :

0