MEREKABENTUK MESIN PEMBAKAR LEMANG ELEKTRIK

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

A. Aspalila, H. Rosnani.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Alat Pembakar Lemang Elektrik telah dicipta sebagai inovasi dalam teknologi penghasilan makanan berdasarkan kaedah manual dalam proses membakar lemang. Objektif kajian adalah untuk menghasilkan satu mesin automatik yang dapat beroperasi dengan kawalan minima, menjimatkan masa dan tenaga. Skop projek adalah merekabentuk alat untuk kegunaan domestik dan industri kecil juga mampu mengekalkan keaslian rasa lemang. Aluminium digunakan kerana ia tidak berkarat dan tidak menjejaskan rasa dan kualiti lemang. Kajian kaedah digunakan bagi merancang proses penghasilan projek dimana carta alir dijadikan panduan terhadap tatakerja bermula dengan melakar konsep rekabentuk mesin, memasang rangka mesin dan menetapkan kaedah gerakan mekanikal. Hasil dari analisa dan pengujian yang telah dijalankan, mesin ini telah berjaya mencapai objektif iaitu dapat menghasilkan satu inovasi dalam teknologi pemakanan yang memudahkan kerja, menjimatkan tenaga serta mengekalkan keaslian rasa lemang. Ia juga beroperasi dengan kawalan minima serta mampu menjimatkan masa berbanding cara tradisional.


No. of Downloads :

14