Kawalan Sebaran Ulat Bungkus Dengan Kaedah Semburan Dron

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

A.S Mat Su, L. Nordin.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Serangan ulat bungkus (bagworm; Metisa plana) di dalam kawasan ladang sawit adalah yang paling kritikal dan amat sukar dikawal. Kaedah semburan dengan traktor/boom sprayer mahupun dengan kawalan semburan udara pesawat adalah kaedah yang telah lama di adaptasikan di dalam sektor tanaman kelapa sawit. Kaedah dengan menggunakan pesawat memerlukan modal yang besar, serta perancangan yang rapi. Justeru, penggunaan dron adalah lebih efektif bagi mengawal sebaran seranggan ulat bungkus terutamanya untuk kawasan yang lebih terpencil, atau kepada kawasan yang spesifik. Skop kertas ini adalah untuk mengetengahkan teknologi dron sebagai salah satu kaedah kawalan serangga perosak ulat bungkus di dalam tanaman kelapa sawit. Kajian dilakukan untuk menilai sejauh mana sebaran semburan mampu meresap masuk ke dalam kepadatan pokok kelapa sawit. Hasil keputusan didapati, sebaran bahan semburan boleh menembusi sehinggan 4-6 helaian lapisan dahan kelapa sawit. Keputusan ini dapat membantu dalam menilai keberkesanan penggunaan sesebuah dron dalam aktiviti semburan dalam perladangan kelapa sawit


No. of Downloads :

3