Kajian Penggunaan Baja Poli Organik Terhadap Nanas MD2 dan Nanas Josapine

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

R.H. Tengku Azmi, H. Rosnani, A.A. Mohd Arif.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Baja poli organik menggunakan mikroorganisma tempatan yang sesuai dengan cuaca di Malaysia. Baja poli organik boleh menyuburkan lagi tanaman dan membaiki struktur tanah di sekitar pokok. Ia sesuai digunakan untuk tanaman buah-buahan, pokok hiasan, sayur-sayuran berdaun serta sayur-sayuran berbuah. Pemilihan nanas jenis MD2 dan Josapine yang ditanam di atas tanah gambut. Nanas MD2 dan Josapine, mempunyai tahap kemanisan yang baik, digemari pengguna dan mendapat tempat di pasaran. Kajian ini menggunakan 90 benih nanas, iaitu 45 benih nanas MD2 dan 45 benih nanas Josapine. Jarak antara nanas jenis MD2 dan Josapine adalah 30 cm manakala jarak antara nanas dan batas tanaman adalah 60 cm. Didapati purata ukur lilit dan berat buah nanas MD2 yang menggunakan baja poli organik adalah 33 cm dan 910 gram berbanding 30 cm dan 750 gram bagi baja LPNM serta 28 cm dan 715 gram bagi pokok tanpa baja. Bagi nanas Josapine pula didapati menghasilkan purata ukur lilit dan berat buah adalah masing-masing 30 cm dan 775 gram. Purata ukur lilit dan berat buat adalah 28.7 cm dan 705 gram, bagi yang menggunakan baja LPNM. Manakala purata ukur lilit dan berat bagi pokok tanpa baja adalah 25 cm dan 655 gram. Dapatan kajian juga menunjukkan purata kemanisan nanas MD2 yang menggunakan baja poli organik adalah 17.7 kadar kemanisan dan 19.1 kadar kemanisan yang menggunakan baja LPNM. Purata kemanisan nanas Josapine yang menggunakan baja poli organik adalah 13.7 kadar kemanisan dan 16.7 kadar kemanisan yang menggunakan baja LPNM. Manakala purata kemanisan bagi nanas MD2 dan Josapine, tanpa baja adalah 16.4 dan 14.7.


No. of Downloads :

6