INOVASI GABUNGAN OPERASI TEKNOLOGI PENJENTERAAN PERTANIAN (COAT) BAGI PENGELUARAN PADI DI MALAYSIA

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

I. Mohd Sazeri, S. Mohd Nordin, O. Suhaimi, I. Mohd Shafiq.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Pada tahun 1980-an, kerajaan beralih dasar pembangunan ekonomi daripada pertanian kepada sektor pembuatan. Perubahan dasar ini telah menyebabkan penghijrahan penduduk secara besar-besaran dari luar bandar ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan, menyebabkan kekurangan buruh ladang di kawasan penanaman padi. Peningkatan kos pengeluaran (kos buruh dan input pertanian) adalah membimbangkan dimana ia memberi kesan terhadap produktiviti padi dan keselamatan makanan negara. Kekangan ketersediaan tenaga buruh ladang dan peningkatan kos buruh memerlukan inovasi yang dapat mengekalkan hasil dan pendapatan penanam padi. LPP melalui PPN Pulau Pinang Cawangan Jentera telah membangunkan Inovasi Pengabungan Operasi Teknologi Penjenteraan Pertanian (COAT) sebagai alternatif untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh melalui penjimatan masa dan kos dengan inovasi mekanisasi kejenteraan ladang. Penciptaan implement traktor yang menggabungkan 3 operasi dalam 1 yang dibangunkan ini membolehkan petani untuk melaksanakan kerja membaja, merata dan pembenihan dalam satu masa. Inovasi ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa I-TEX 2016 (pingat emas) dan World Invention Contest (WIC 2016 – pingat emas dan anugerah khas) di Seoul, Korea. Namun kertas ini juga mengenengahkan isu kepada hadirin bagaimana alat ini boleh di tular kepada semua penanam padi dengan sokongan dan promosi pelbagai pihak yang berkepentingan dari sektor awam, swasta, NGO serta pelbagai media.


No. of Downloads :

0