Impak dan Kelebihan Jentuai Padi Bersaiz Sederhana Kecil kepada Tanah Sawah, Bidang Kejenteraan Pertanian, Para Petani dan Alam Sekitar

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

B. Lee Ban, K. Lee Wei, O. Khairunsahida.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Jentuai padi bersaiz besar diimport dalam bentuk scrap mengalami proses baik pulih dan pengubahsuaian struktur fizikal yang ekstrem dan tidak mengikut standard sehingga menimbulkan kritikan kerana menyumbang kepada masalah kerosakan permukaan dan lapisan hardpan tanah sawah, sekiranya masalah ini tidak dibendung, tanah sawah akan semakin rosak dan semakin dalam. Selain itu, masalah kadar tumpahan, kadar kebersihan, peningkatan kos penyelenggaraan, dan lain-lain turut mendapat perhatian dengan penggunaan jentuai besar. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan jalan penyelesaian yang betul, kesannya akan semakin berlarutan dan akan merugikan banyak pihak di masa hadapan.Penyelesaian secara menyeluruh terutama terhadap masalah tanah sawah, masalah tumpahan dan kebersihan padi, masalah peningkatan kos penyelenggaraan, masalah pembakaran jerami dan lain-lain harus dilakukan dengan mengambil tindakan yang sewajarnya. Keperluan para petani adalah mustahak diberi perhatian kerana mereka adalah aset terpenting negara dalam mengekalkan momentum kadar pengeluaran sumber makanan negara dan menjana aktiviti ekonomi ke tahap yang lebih baik.


No. of Downloads :

2