Aplikasi Teknologi Pengangkutan Lepas Tuai Padi Mampu Meningkatkan Pendapatan Petani

Publication Date : 07/02/2018


Author(s) :

S. Asnawi, H. Azman, S. Sukri, M.D. Mohd Fadzil, A. Saiful Azwan, W.A. Wan Mohd Fariz, A. Mohd Shahrir, H. Hasmin Hakim, S. Amir Redzuan, J. Muhammad Aliq, J. Mohammad Shukri.


Volume/Issue :
Volume 1
,
Issue 1
(02 - 2018)



Abstract :

Pengangkutan lepas tuai padi merupakan salah satu proses utama dalam rantaian penghasilan beras yang digunakan untuk membawa padi dari sawah ke kilang pemprosesan. Satu kajian terhadap peratus kehilangan lepas tuai padi yang berlaku semasa proses pengangkutan telah dilaksanakan dengan membuat perbandingan menggunakan dua kaedah pengangkutan iaitu konvensional dan inovasi. Kaedah pengangkutan secara konvensional adalah kaedah pengangkutan biasa yang diamalkan oleh petani di sekitar kawasan jelapang manakala kaedah inovasi melibatkan penggunaan teknologi pengangkutan berkotak bagi pengangkutan padi. Peratus kehilangan lepas tuai padi dinilai berdasarkan kuantiti jumlah padi tumpah yang berlaku semasa proses pengangkutan padi dijalankan. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan peratus kehilangan lepas tuai padi semasa pengangkutan dapat dikurangkan dengan menggunakan teknologi pengangkutan berkotak. Hasil kajian ini mendapati peratus kehilangan lepas tuai padi yang berlaku bagi kaedah pengangkutan teknologi pengangkutan berkotak adalah 0.06% berbanding kaedah konvensional iaitu 0.21%. Berdasarkan pengurangan peratus kehilangan sebanyak 0.15% ini, jumlah padi yang dapat diselamatkan adalah bersamaan dengan 3,900 tan metrik padi atau RM4.7 juta. Oleh itu, teknologi pengangkutan berkotak ini berupaya meningkatkan pendapatan 172,230 pesawah didalam industri padi negara.


No. of Downloads :

0